Monday

CONTOH MENGHASILKAN MODEL -TOPENG—

Sediakan bahan-bahan seperti : 
  • Kertas tebal 
  • Gunting atau pisau 
  • Salortape 
  • Pensil


Gunting kertas mengikut saiz muka Kemudian, buat bubang mata dan mulut ditengah2 topeng tersebut mengikut saiz mata dan hidung anda. Anda juga perlu menebuk lubang dibahagian telinga topeng tersebut untuk diletakkan tali



Corakkan topeng mengikut kreatifiti anda. Gunakan warna-warna yang terang dan menarik untuk menceriakan lagi topeng tersebut

Setelah selesai mencorakkannya, jemur sehingga kering. Setelah kering, topeng anda telah siap untuk digayakan.

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

  • Arca Timbul

    • Asemblaj

      • Mobail

        • Stabail
          • Model

            • Diorama

              • Boneka

                •  Topeng

                  • Origami

                    Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

                    Pengenalan



                    Kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu
                    • menggambar
                    • membuat rekaan dan corak
                    • membentuk dan membuat binaan
                    • mengenal kraf tradisional


                    Kesemua bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu